Sabtu, 11 Jun 2011

Teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan




Teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan


Peranan Teknologi Maklumat


Di dalam dunia yang kian maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Tidak dapat dinafikan bahawa ia telah banyak mempengaruhi dan memainkan peranan penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Makna perkataan “teknologi maklumat” itu sendiri pula memberi maksud kaedah-kaedah moden bagi mendapatkan informasi terkini.
Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili. Komputer misalnya, dapat memberi, menyimpan serta menghapuskan dokumen-dokumen atau data-data yang tidak diingini. Dengan kelebihan ini, ia berupaya membantu manusia untuk bekerja dengan lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data penting. Bayangkanlah betapa banyaknya timbunan fail-fail yang harus disimpan untuk memelihara dan menyimpan data-data tersebut sekiranya komputer tidak dicipta. Mungkin kelam-kabut dibuatnya.
Televisyen dan radio telah berjaya mendekatkan kita dengan dunia luar. Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita seluas-luasnya supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa pula ke sistem video yang serba canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa menarik yang dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Bermula dengan radio, kini tercipta pula alat ‘walkman’ yang dapat didengari walau di mana saja kita berada.
Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit dan alat kelui. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada. Sistem faksimili pula bukan saja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja si penerimanya.
Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Banyak jenayah siber yang dilaporkan di akhbar-akhbar. Contonhya, baru-baru ini seorang remaja telah menggodam beberapa lelaman dagangan elektronik dan memperolehi keterangan kad kredit Encik Bill Gates, lelaki terkaya di dunia. Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.

17 ulasan:

  1. Artikel yang menarik dan dapat memberi info yang berguna kpd. pembaca.

    BalasPadam
  2. Kita harus memanfaatkan pengetahuan kita mengenai teknologi untuk tujuan yang positif.

    BalasPadam
  3. Kita perlu banyak meneroka bahan untuk P&P, agar proses p&p menarik.

    BalasPadam
  4. artikel yang bermanfaat untuk dikongsi.

    BalasPadam
  5. Artikel yang menarik dan dapat dijadikan pedoman kepada para pembaca artikel ini pada masa kini

    BalasPadam
  6. peranan teknologi maklumat memang penting untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran

    BalasPadam
  7. Kepentingan ICT pada masa sekarang memang tidak boleh disangkal lagi.

    BalasPadam
  8. teknologi hari ini mmg semakin berkembang dengan pesat dn kadangkala dahsyat sehingga kita sering ketinggalan mengejarnya...oleh itu kita semua guru mesti melangkah lebih laju bagi menyiapkan diri kita sebagai guru dalam era globalisasi ini...

    BalasPadam
  9. Cantik gak blog ni.boh la gambar kasi lagi cantik.

    BalasPadam
  10. Teknologi sememangnya memberi impak dalam pengajaran kita sekiranya kita bijak mengaplikasikannya mengikut keativiti kita.

    BalasPadam
  11. blog yang menarik.Sebagai guru, kita memang harus sentiasa meningkatkan kualiti P&P mengikut perkembangan masa~

    BalasPadam
  12. tahniah kerana berjaya juga hasilkan blog.

    BalasPadam
  13. Blog yang nampak ringkas tapi cantik..

    BalasPadam
  14. KEHIDUPAN juga memainkan peranan yang cukup2 penting....untuk memajukan TEKNOLOGI...FIKIR-FIKIRKAN... SELAMAT BRO....

    BalasPadam
  15. ict mempermudahkan banyak perkara.gunalah ia dengan bijaksana..

    BalasPadam